Wednesday, November 6, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 1 (Kuliah Pertama Multimedia dalam Bahasa)

Pada minggu pertama kuliah, kami telah diberi penekanan dengan konsep "redho". Prof Dr. Normaliza mengingatkan kami supaya "redho" dengan setiap tugasan pada setiap minggu. Maka kami pun berhuhu menantikan cabaran untuk menyelesaikan tugasan dengan baik.




Monday, November 4, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY)

Pasti ramai antara kita tidak tahu atau tidak pernah mengetahui tentang "flat lay". Flat lay adalah antara elemen dalam fotografi.  Flat lay yang biasa diaplikasikan ialah 90 degree flat lay, half flat lay, quater flat lay dan zero flat lay. Secara mudahnya, flat lay ialah gambaran sesuatu objek dari pelbagai sudut.

Belalang Production telah menghasilkan sebuah video tentang flat lay. Objek yang kami gunakan ialah manusia, benda, makanan, minuman dan objek bebas. Lokasi penggambaran kami ialah di Bukit Ekspo UPM, Dewan Besar UPM dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Saksikan video kami di bawah ini. Jangan lupa like dan komen video ini. Terima Kasih.




BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)

Simpulan bahasa, Apa tu?

Simpulan bahasa adalah ungkapan yang biasanya terdiri daipada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut.

Bagaimana Belalang Production mentafsirkan simpulan bahasa ini? Saksikan aksi kami dalam video di bawah ini. Jangan lupa tekan butang like dan komen video ini.



BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO)

Bagi mendapatkan gambar potret yang cantik dan terbaik, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya ialah lokasi penggambaran, kualiti kamera, penampilan model dan juga keadaan cuaca.

Ramai diantara kita pernah berswafoto bukan? Bagaimana untuk mendapatkan hasil swafoto yang terbaik? Belalang Production telah menerbitkan sebuah video yang memfokuskan potret dan swafoto.

Lokasi pada kali ini ialah Taman Saujana Hijau Putrajaya, My Town Cheras dan IKEA Cheras. Sudi-sudilah menyaksikan video kami di bawah ini. Jangan lupa tekan butang like dan komen video ini. Terima Kasih.



BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 2

Belalang Production telah berjaya menerbitkan sebuah video tentang fotografi. Pada kali ini, Belalang Production memfokuskan kepada pemandangan, silute, kabur manusia, kabur objek, kabur tumbuhan, kabur haiwan, pendua manusia, pendua air, bayang manusia, bayang manusia dan objek.

Lokasi penggambaran pilihan kami ialah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Bukit Ekspo UPM, Taman Saujana Hijau Putrajaya, Astaka Morocco Putrajaya, Monumen Alaf Baru Putrajaya, Bukit Bendera Pulau Pinang dan Pantai Morib Selangor. Semoga dengan terbitnya video ini, ia dapat menjadi bahan rujukan kepada anda semua tentang fotografi. Saksikan video kami di bawah ini. Jangan lupa tekan butang like dan komen video ini. Terima Kasih.



Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)


Salam semua, Flat Lay adalah satu elemen dalam multimedia. Apa itu Flat Lay? Flat lay yang biasa diaplikasikan ialah 90 degree flat lay, half flat lay, quater flat lay dan zero flat lay. Nak tahu lebih lanjut tentang Flat Lay, boleh tekan dan tonton video di bawah ini. Terima kasih.



Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6










Pada minggu ke 6, Prof Dr Normaliza, pensyarah Multimedia dalam Bahasa telah memberi kami dua tugasan. Tugasan yang pertama ialah menghasilkan gambar potret untuk setiap ahli kumpulan, manakala tugasan yang kedua ialah melakonkan situasi berdasarkan simpulan bahasa. Belalang Production telah membuat penggambaran di Taman Saujana Hijau, Putrajaya, IKEA Cheras dan Fakulti Bahasa moden & Komunikasi UPM. Tugasan ini sangat mencabar, ia memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi setiap ahli kumpulan. Bagaimana pun, tugasan ini dapat memberikan pengalaman dan mengajar kami kepada dunia fotografi.