Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

Monday, December 2, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Buku Eh!!! Media Sosial merangkumi 8 buah bab. Bab pertama membincangkan gambaran media sosial secara keseluruhan. Media sosial terdiri daripada aplikasi berasaskan internet untuk komunikasi interaktif. Rangkaian sosial ialah subkategori media sosial dan ia adalah satu struktur sosial apabila para pengguna disatukan dengan minat yang sama. Buku ini membincangkan jenis-jenis media sosial dan etika dalam media sosial. Bab 2 menerangkan twitter dan trend terkini. Twitter mudah diakses, pantas dan efisyen. Twitter mengandungi informasi terkini. Buku ini turut memuatkan cara mengakses twitter. Bab 3 membincangkan facebook. Facebook ialah satu alat yang berkesan untuk interaksi pelajar terutama aktiviti berkaitan tugas mereka. Seterusnya, buku memuatkan cara membuat akaun facebook. Bab 4 menjelaskan tentang instagram. Instagram ialah sebuah telefon bimbit dalam talian perkongsian foto,video dan perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan penggunanya mengambar gambar dan video. 

Buku ini turut memuatkan cara membuat akaun instagram. Bab 5 pula membincangkan tenytang e-mel. E-mel adalah satu medium komunikasi dalam bahasa sasaran termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan pelajar lain di dalam kelas atau di seluruh dunia. Bab 6 adalah berkaitan dengan blog. Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Seterusnya, buku ini membuatkan cara untuk membuat blog di dalam blogspot. Buku tutrut menekankan isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna di bab 7. Isu yang dibincangkan ialah penggunaan bahasa dalam rangkaian media sosial dan struktur ayat dalam rangkaian sosial. Bab terakhir membincangkan implikasi pedagogi. Bab ini membincangkan peranan guru dan rangka kerja serta peranan pelajar. Buku ini memberi implikasi kepada banyak pihak. Antaranya ialah ibu bapa, masyarakat, guru, pelajar sekolah dan pihak kerajaan. 


BUKU INI BERHARGA RM 60


Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#3Disember2019
#PakatPakatBeliBukuNi

                                      
   

Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” ini menjelaskan tentang kajian wacana. Wacana adalah sebagai unit Bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran dan melebihi batas ayat. Selain itu, wacana mengandungi sistem komunikasi antara dua atau lebih orang. Menurut Hawthorn (1992), wacana adalah komunikasi kebahasaan yang dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar. Wacana dapat dilihat dari aspek sosiologi dan linguistik. Elemen dalam teori analisis wacana Brown & Yule (1983) adalah pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Dalam teori analisis wacana Stubbs (1983), telah memfokuskan kepada linguistic wacana iaitu pendekatan linguistic wacana, kebolehramalan, fonotaktik, tatabahasa, intuisi tentang urutan wacana, kebolehramalan, kebolehramalan dan idealisasi, kawalan struktur bermaksud, wacana Canonical dan idealisasi dan analogy dan kesimpulan. Teori analisis wacana kritis (Vandijk, 1977) telah membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) telah menjelaskan tentang pra-andaian, emosi, nilai dan budaya dan Bahasa dan inferens. Kemudian, menfokuskan kandungan, konteks dan andaian. Nilai sosial bolh diterapkan dalam masyarakat dan individu seperti keluarga, jiran tetangga, pelajar sekolah, pelajar universiti, masyarakat setempat dan individu. Buku ini menghuraikan tentang kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak”, kajian wacana tekstual cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Bab 4 dalam buku ini menerangkan tentang strategi komunikasi. Strategi komunikasi adalah pendekatan yang digunakan dalam komunikasi supaya lebih berkesan. Strategi komunikasi dilakukan supaya mesej yang disampaikan tidak ada keraguan. Konsep komunikasi digunakan oleh semua pihak tidak kira dalam bentuk formal atau tidak formal. Setiap yang diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima. Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Pendekatan strategi komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan dan pembetulan kendiri. Buku ini turut memuatkan tentang analisis strategi komunikasi dalam Kalangan kanak-kanak. Kajian ini memberi kesan kepada masyarakat, guru, ibu bapa, dan pelajar sekolah. Akhir sekali, buku ini turut memberikan cadangan kajian akan datang. Buku ini memberi implikasi kepada banyak pihak. Antaranya ialah ibu bapa, masyarakat, guru, pelajar sekolah dan pihak kerajaan. 


BUKU INI BERHARGA RM 20


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#26November2019
#BelilahBukuIni



Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6










Pada minggu ke 6, Prof Dr Normaliza, pensyarah Multimedia dalam Bahasa telah memberi kami dua tugasan. Tugasan yang pertama ialah menghasilkan gambar potret untuk setiap ahli kumpulan, manakala tugasan yang kedua ialah melakonkan situasi berdasarkan simpulan bahasa. Belalang Production telah membuat penggambaran di Taman Saujana Hijau, Putrajaya, IKEA Cheras dan Fakulti Bahasa moden & Komunikasi UPM. Tugasan ini sangat mencabar, ia memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi setiap ahli kumpulan. Bagaimana pun, tugasan ini dapat memberikan pengalaman dan mengajar kami kepada dunia fotografi. 

    

Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa




               Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014, blog ialah satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Blog dapat meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membnangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal. Pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Hal ini demikian kerana pelajar berpeluang belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa, dan struktur ayat, pembendaharaan kata dan cara susunan ayat mereka.                             

                Terdapat berbezaan bahasa antara perempuan dan lelaki menurut Zaini Amir et. Al. (2012). Beliau melakukan kajian terhadap perbezaan bahasa yang digunakan remaja lelaki dan remaja perempuan. Selain itu, Wang & Woo berpendapat, blog dapat membantu pelajar merasa cara penulisan mereka bertambah baik. Blog juga menjalankan interaksi antara pelajar bersama dengan tenaga pelajar bagi menyelesaikan tugasan.

            Nadzrah Abu Bakar et. al. (2010) mentakrifkan bahawa menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang, kajian ini menggariskan ciri-ciri blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tambahan pula, blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilisasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan keemungkinan dan memahami sesuatu perkara lebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. Perkara ini telah dinyatakan oleh McLeod (2001).

            . Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Etika yang pertama ialah membuat tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, penceritaan menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini.

            Selain itu, penulis disarankan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, blog mestilah dapat dibaca dan difahami. Kelapan, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Penulisan blog yang baik perlulah meyelitkan nilai moral dalam penulisan. Nilai moral ini dapat membantu membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika. Nilai moral ini juga merupakan satu bentuk pengajaran. Akhir sekali, berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis mestilah berilmu untuk membuat penulisan pendidikan. Hal ini bagi mengelakkan pemesongan fakta. Justeru, penulis perlu menambah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.

        Kesimpulannya, blog membantu pelajar mempelajari bahasa. Selain itu, blog dapat meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.