Buku “Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” ini menjelaskan tentang
kajian wacana. Wacana adalah sebagai unit Bahasa yang mempunyai kesantunan
fikiran dan melebihi batas ayat. Selain itu, wacana mengandungi sistem komunikasi
antara dua atau lebih orang. Menurut Hawthorn (1992), wacana adalah komunikasi
kebahasaan yang dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar.
Wacana dapat dilihat dari aspek sosiologi dan linguistik. Elemen dalam teori analisis
wacana Brown & Yule (1983) adalah pra-andaian, implikatur, rujukan dan
inferens. Dalam teori analisis wacana Stubbs (1983), telah memfokuskan kepada linguistic
wacana iaitu pendekatan linguistic wacana, kebolehramalan, fonotaktik,
tatabahasa, intuisi tentang urutan wacana, kebolehramalan, kebolehramalan dan
idealisasi, kawalan struktur bermaksud, wacana Canonical dan idealisasi dan analogy
dan kesimpulan. Teori analisis wacana kritis (Vandijk, 1977) telah membahagikan
analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan,
kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Pendekatan analisis wacana Normaliza
Abd Rahim (2018b) telah menjelaskan tentang pra-andaian, emosi, nilai dan
budaya dan Bahasa dan inferens. Kemudian, menfokuskan kandungan, konteks dan
andaian. Nilai sosial bolh diterapkan dalam masyarakat dan individu seperti
keluarga, jiran tetangga, pelajar sekolah, pelajar universiti, masyarakat
setempat dan individu. Buku ini menghuraikan tentang kajian wacana tekstual “Model
Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak”, kajian wacana tekstual
cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.
BUKU INI BERHARGA RM 20
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#26November2019
#BelilahBukuIni
No comments:
Post a Comment