Pada minggu kesembilan, kami diminta untuk membuat satu hantaran di Facebook tentang kata hikmah sendiri beserta huraian. Selain itu, kami juga diminta untuk membuat satu hantaran di Facebook tentang ringkasan Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi seperti yang terkandung dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Friday, December 6, 2019
BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 8
Minggu kelapan kami beralih ke Facebook pula. Kami ditugaskan untuk membuat tiga hantaran di Facebook. Hantaran pertama adalah tentang rutin yang biasa aku lakukan pada setiap hari. Hantaran kedua pula adalah hantaran 5 rangkap pantun sendiri dan perlu membuat komen 5 rangkap pantun rakan lain. Hantaran ketiga adalah ringkasan tentang strategi komunikasi yang terkandung dalam buku Kajian wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 7
Pada minggu ketujuh kelas amali, kami masih ditugaskan untuk membuat tweet bebenang di Twitter. Pada kali ini, kami diminta membuat tweet bebenang tentang kisah Cerita Sosial 5: Jiran yang terkandung dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Selain itu, kami juga perlu membuat 5 tweet with comment di Twitter dan menyenaraikan 5 buah isu yang hangat di Twitter.
BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 6
Pada minggu keenam kelas amali, kami ditugaskan untuk membuat satu hantaran bebenang di Twitter. Tajuk bebenang tersebut adalah bebas berdasarkan sebuah cerpen yang bertajuk Cerita Sosial 4: Hati yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Ini adalah kali pertama aku membuat tweet bebenang di Twitter. Jadi, ini adalah perkara baharu yang dapat aku pelajari.
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11
Prof Dr N telah memberi kami tugasan Instagram dengan tema IBU dan KEBERKATAN pada minggu kesebelas. Bagi tema Ibu, Prof meminta kami menulis satu dialog antara kami dengan ibu masing-masing. Jadinya, aku pun menulis satu dialog antara aku dan emak. Manakala, untuk tema Keberkatan pula, akutelah meletakkan gambar emak dan abahku kerana bagiku merekalah punca keberkatan hidup saya selama ini.
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10
Tugasan Instagram untuk minggu kesepuluh bertemakan KELEGAAN dan KEGEMBIRAAN. Bagi tema Kelegaan, aku telah memilih gambar ketikaku mengabadikan kenangan di Latar Iskandar. Gambar ini sangat tenang bagiku kerana berlatarbelakangkan keindahan alam iaitu air terjun. Manakala, bagi tema kegembiraan pula, aku memilih gambar ketikaku menyertai Pasukan Sorak Rasmi Team Malaysia di Sukan Sea 2017. Aku sangat gembira pada ketika itu.
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 9
KETENANGAN, KEREDAAN. Itulah tema yang diberikan oleh Prof untuk kemas kini Instagram minggu sembilan. Aku telah membuat penggambaran untuk tema Ketenangan di Taman Biosains. Manakala untuk tema Keredaan pula, aku telah membuat penggambaran di Laman Putra, Dewan Besar UPM. Cabaran yang aku hadapi dalam membuat tugasan ini ialah kesukaran mengambil gambar yang bersesuaian dengan tema. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanku iaitu Fatin@aten dan Hakimah@kimah kerana telah membantuku untuk menyelesaikan tugasan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

































