KETENANGAN, KEREDAAN. Itulah tema yang diberikan oleh Prof untuk kemas kini Instagram minggu sembilan. Aku telah membuat penggambaran untuk tema Ketenangan di Taman Biosains. Manakala untuk tema Keredaan pula, aku telah membuat penggambaran di Laman Putra, Dewan Besar UPM. Cabaran yang aku hadapi dalam membuat tugasan ini ialah kesukaran mengambil gambar yang bersesuaian dengan tema. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanku iaitu Fatin@aten dan Hakimah@kimah kerana telah membantuku untuk menyelesaikan tugasan ini.
Friday, December 6, 2019
BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 4
Pada minggu keempat, kami ditugaskan untuk membuat penggambaran fotografi. Belalang Production telah membuat penggambaran Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Kami telah membahagikan tugas masing-masing. Aku amat kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan. Penggambaran ini berjalan seperti yang telah dirancang. Belalang Production memang terbaik!
Wednesday, December 4, 2019
BBM3410Satu2019: VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)
Belalang Production telah berjaya menghasilkan sebuah lagi video yang bertemakan Video Fokus. Objek yang menjadi fokus dalam video kami ini ialah puzzle. Kami perlu memastikan tidak ada satu pun wajah di dalam video. Jadi kami perlu memastikan kedudukan kamera adalah tepat dan betul. Video ini menceritakan persahabatan 11 orang sahabat. Mereka membuat perjumpaan semula setelah 10 tahun berpisah. Namun, malang tak berbau kerana mereka gagal mengumpulkan kesemua 11 orang sahabat ini. Ada sesuatu yang terjadi kepada seorang sahabat mereka. Nak tahu apa yang terjadi? Saksikan video ini. Terima Kasih.
https://www.youtube.com/watch?v=hK7amzXSfj0&t=126s
https://www.youtube.com/watch?v=hK7amzXSfj0&t=126s
BBM3410Satu2019: VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)
UPM telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-43 pada 16-19 November 2019. Kami ditugaskan untuk membuat VLOG Konvokesyen tersebut. Perkara yang wajib dimuatkan di dalam vlog ini ialah temu bual 2 orang graduan dan 2 orang ibu bapa. Cabaran yang kami hadapi ialah kami perlu mengenal pasti graduan dan ibu bapa yang unik untuk ditemu bual. Selain itu, kami diwajibkan untuk bergambar bersama Prof Dr. Normaliza, jadi kami pun redha menunggu Prof. keluar dari Dewan Besar. Nak lihat muka-muka redha kami, saksikanlah video di bawah ini. Terima Kasih.
https://www.youtube.com/watch?v=omf4sFWg_wY
https://www.youtube.com/watch?v=omf4sFWg_wY
BBM3410Satu2019: VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)
Pada kali ini, Belalang Production telah berjaya menghasilkan sebuah video One Shot 3 Layer. Video ini dirakamkan di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Lagu yang kami ketengahkan dalam video ini berjudul Siti Bilang Cuti nyanyian Danial Zaini. Cabaran yang saya hadapi ialah saya perlu menari dan berlakon di dalam video ini. Selain itu, kami perlu memastikan wujudnya "layer" ketiga di dalam video ini. Selamat menyaksikan video ini.
BBM3410Satu2019: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)
Video One Shot 2 Layer daripada Belalang Production ini dihasilkan di Rumah Tradisional Muzium Warisan Melayu, FBMK, UPM. Lagu yang kami persembahkan berjudul Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Eliana. Saya bertindak sebagai pengarah di dalam video ini. Cabaran yang kami hadapi adalah menyesuaikan keadaan sekeliling yang agak sempat dan meminimumkan hentakan kaki agar papan Rumah Tradisional tidak bergoyang yang boleh menjejaskan kedudukan kamera. Saksikan video kami. Terima Kasih.
https://www.youtube.com/watch?v=Xi_0_rZHsIg&t=117s
https://www.youtube.com/watch?v=Xi_0_rZHsIg&t=117s
BBM3410Satu2019: VIDEO 7 (ONE SHOT)
Belalang Production telah berjaya menghasilkan sebuah video One Shot. Lagu untuk video ini berjudul Pura-pura Bujang nyanyian Baby Shima. Dalam video ini, kami membuat tarian berkumpulan. Saya bertindak sebagai juru teknikal. Lokasi penggambaran yang kami pilih adalah "Black Box" FBMK, UPM. Saksikan tarian kami yang memukau ini. Terima Kasih.
https://www.youtube.com/watch?v=iVAYMnOGzks
https://www.youtube.com/watch?v=iVAYMnOGzks
Subscribe to:
Posts (Atom)






