Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum. Nama saya Muhammad Firdaus Bin Mohd Sedek. Nama panggilan saya ialah Firdaus. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Februari 1996. Saya dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Saya berumur 23 tahun. Saya mempunyai 6 orang adik-beradik dan merupakan anak ketiga. Ibu saya bernama Rosnah binti Koming berumur 59 tahun. Beliau merupakan seorang suri rumah. Manakala bapa saya bernama Mohd Sedek bin Alias berumur 58 tahun. Beliau merupakan seorang pesara tentera. Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Temenggong Ibrahim Penggaram, Batu Pahat dari tahun 2003 sehingga tahun 2008. Kemudian, saya menyambung pengajian di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat ketika tingkatan 1. Semasa di tingkatan 4, saya telah memasukI kelas aliran Sains pada tahun 2012. Saya memasuki tingkatan enam di sekolah yang sama pada tahun 2014 dan memilih aliran Kemanusian. Dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2015, saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan PNGK di atas 3.5. Saya telah ditawarkan ke Universiti Putra Malaysia pada tahun 2016. Saya memulakan pengajian dalam bidang Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Kini, saya berada di  dalam semester akhir dan bakal menamatkan pengajian pada penghujung tahun 2019. Insha Allah saya akan bergraduat pada tahun 2020 nanti. 


No comments:

Post a Comment