Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” ini menjelaskan tentang kajian wacana. Wacana adalah sebagai unit Bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran dan melebihi batas ayat. Selain itu, wacana mengandungi sistem komunikasi antara dua atau lebih orang. Menurut Hawthorn (1992), wacana adalah komunikasi kebahasaan yang dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar. Wacana dapat dilihat dari aspek sosiologi dan linguistik. Elemen dalam teori analisis wacana Brown & Yule (1983) adalah pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Dalam teori analisis wacana Stubbs (1983), telah memfokuskan kepada linguistic wacana iaitu pendekatan linguistic wacana, kebolehramalan, fonotaktik, tatabahasa, intuisi tentang urutan wacana, kebolehramalan, kebolehramalan dan idealisasi, kawalan struktur bermaksud, wacana Canonical dan idealisasi dan analogy dan kesimpulan. Teori analisis wacana kritis (Vandijk, 1977) telah membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) telah menjelaskan tentang pra-andaian, emosi, nilai dan budaya dan Bahasa dan inferens. Kemudian, menfokuskan kandungan, konteks dan andaian. Nilai sosial bolh diterapkan dalam masyarakat dan individu seperti keluarga, jiran tetangga, pelajar sekolah, pelajar universiti, masyarakat setempat dan individu. Buku ini menghuraikan tentang kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak”, kajian wacana tekstual cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Bab 4 dalam buku ini menerangkan tentang strategi komunikasi. Strategi komunikasi adalah pendekatan yang digunakan dalam komunikasi supaya lebih berkesan. Strategi komunikasi dilakukan supaya mesej yang disampaikan tidak ada keraguan. Konsep komunikasi digunakan oleh semua pihak tidak kira dalam bentuk formal atau tidak formal. Setiap yang diujarkan perlu menitikberatkan perasaan penerima. Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi iaitu pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Pendekatan strategi komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/percanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan dan pembetulan kendiri. Buku ini turut memuatkan tentang analisis strategi komunikasi dalam Kalangan kanak-kanak. Kajian ini memberi kesan kepada masyarakat, guru, ibu bapa, dan pelajar sekolah. Akhir sekali, buku ini turut memberikan cadangan kajian akan datang. Buku ini memberi implikasi kepada banyak pihak. Antaranya ialah ibu bapa, masyarakat, guru, pelajar sekolah dan pihak kerajaan. 


BUKU INI BERHARGA RM 20


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#26November2019
#BelilahBukuIni



Wednesday, November 6, 2019

BBM3410Satu2019: Tip-Tip Belajar dengan Mudah

Ikhlas daripada abang senior Bacelor. Tak tahulah aku ini layak ke tak nak bagi tip-tip belajar ini. Tetapi demi tugasan aku usahakan jugalah beberapa tip untuk belajar dengan mudah. Pertama, kita disarankan untuk mengingat apa-apa yang penting sahaja. Kedua, kita tidak digalakkan untuk belajar ketika dalam keadaan tertekan dan stres.



BBM3410Satu2019: Pengalaman Terbaik

Antara pengalaman indah dalam hidup aku. Sebenarnya aku tak tahu nak cerita tentang apa apabila dapat tugasan ini. Tiba-tiba terlintas di fikiranku tentang bercutian singkat bersama keluargaku di Melaka. Kami menyelusuri Sungai Melaka dengan bot. Kemudian kami menginap di sebuah hotel dan berkunjung ke Pantai Klebang. Walaupun ringkas, tetapi ia sangat bermakna.




BBM3410Satu2019: Kelas Atas Talian

Bahana jerebu. Jangan ingat UPM bagi cuti sebab jerebu kau boleh lepak-lepak pagi tu. Nah! Prof dah sediakan "sarapan pagi" untuk pelajarnya. Kerja atas talian yang perlu dilaksanakan mengikut ketetapan waktu. Kalau lambat, nahas kau!!!







BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 1 (Kuliah Pertama Multimedia dalam Bahasa)

Pada minggu pertama kuliah, kami telah diberi penekanan dengan konsep "redho". Prof Dr. Normaliza mengingatkan kami supaya "redho" dengan setiap tugasan pada setiap minggu. Maka kami pun berhuhu menantikan cabaran untuk menyelesaikan tugasan dengan baik.




Monday, November 4, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY)

Pasti ramai antara kita tidak tahu atau tidak pernah mengetahui tentang "flat lay". Flat lay adalah antara elemen dalam fotografi.  Flat lay yang biasa diaplikasikan ialah 90 degree flat lay, half flat lay, quater flat lay dan zero flat lay. Secara mudahnya, flat lay ialah gambaran sesuatu objek dari pelbagai sudut.

Belalang Production telah menghasilkan sebuah video tentang flat lay. Objek yang kami gunakan ialah manusia, benda, makanan, minuman dan objek bebas. Lokasi penggambaran kami ialah di Bukit Ekspo UPM, Dewan Besar UPM dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Saksikan video kami di bawah ini. Jangan lupa like dan komen video ini. Terima Kasih.




BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)

Simpulan bahasa, Apa tu?

Simpulan bahasa adalah ungkapan yang biasanya terdiri daipada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan tersebut.

Bagaimana Belalang Production mentafsirkan simpulan bahasa ini? Saksikan aksi kami dalam video di bawah ini. Jangan lupa tekan butang like dan komen video ini.



BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO)

Bagi mendapatkan gambar potret yang cantik dan terbaik, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira, antaranya ialah lokasi penggambaran, kualiti kamera, penampilan model dan juga keadaan cuaca.

Ramai diantara kita pernah berswafoto bukan? Bagaimana untuk mendapatkan hasil swafoto yang terbaik? Belalang Production telah menerbitkan sebuah video yang memfokuskan potret dan swafoto.

Lokasi pada kali ini ialah Taman Saujana Hijau Putrajaya, My Town Cheras dan IKEA Cheras. Sudi-sudilah menyaksikan video kami di bawah ini. Jangan lupa tekan butang like dan komen video ini. Terima Kasih.



BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 2

Belalang Production telah berjaya menerbitkan sebuah video tentang fotografi. Pada kali ini, Belalang Production memfokuskan kepada pemandangan, silute, kabur manusia, kabur objek, kabur tumbuhan, kabur haiwan, pendua manusia, pendua air, bayang manusia, bayang manusia dan objek.

Lokasi penggambaran pilihan kami ialah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Bukit Ekspo UPM, Taman Saujana Hijau Putrajaya, Astaka Morocco Putrajaya, Monumen Alaf Baru Putrajaya, Bukit Bendera Pulau Pinang dan Pantai Morib Selangor. Semoga dengan terbitnya video ini, ia dapat menjadi bahan rujukan kepada anda semua tentang fotografi. Saksikan video kami di bawah ini. Jangan lupa tekan butang like dan komen video ini. Terima Kasih.



Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)


Salam semua, Flat Lay adalah satu elemen dalam multimedia. Apa itu Flat Lay? Flat lay yang biasa diaplikasikan ialah 90 degree flat lay, half flat lay, quater flat lay dan zero flat lay. Nak tahu lebih lanjut tentang Flat Lay, boleh tekan dan tonton video di bawah ini. Terima kasih.