Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Semester 7 ini sangat terasa aura kesibukan sebagai seorang pelajar. Lebih-lebih lagi apabila wajib mengambil Kursus Multimedia dalam Bahasa. Setiap minggu ada sahaja tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala aku terfikir, kenapalah kursus ini diletakkan di semester akhir dalam skema pengajian. Letaklah awal-awal sikit dalam semester 3 ke 4 ke. Hahaha.. Stres mak!! 

REDA, REDA, REDA... 14 minggu hadam kalimat ini. Betullah apa yang Prof. Dr. Normaliza beritahu pada minggu pertama dulu, apabila kita reda, kita dapat laksanakan sesuatu perkara itu dengan baik. Kursus ini banyak tugasan luar perlu dibuat berbanding tutorial di dalam bilik kuliah. Kadang-kadang adalah juga termengumpat Prof. tanpa sengaja bila sangat tertekan. Maaf Prof. kalau ada batuk-batuk tu, sayalah puncanya. Tetapi, kursus ini sebenarnya sangat seronok dan santai. Setiap minggu kena buat penggambaran di luar bilik kuliah. Masa inilah nak acah-acah jadi model atau artis beraksi di hadapan lensa kamera. Kebanyakan tugasan penggambaran ini adalah tugasan berkumpulan. Produksi kumpulan aku ialah Belalang Production. Tugasan ini perlulah dibentang di dalam bilik kuliah. Tetapi ada syaratnya, kalau ahli kumpulan datang lambat atau tidak hadir, melepaslah peluang dapat bentang di dalam bilik kuliah. Prof. sangat menekankan aspek ketetapan masa. 

Belalang Production terdiri daripada 11 orang ahli yang diketuai oleh Qiu. Qiu sangat bertanggungjawab menjadi ketua kami. Dia sangat mengambil berat tentang kami. Dia tidaklah "gila kuasa", dia akan meminta persetujuan semua ahli apabila membuat keputusan. Terima Kasih Qiu kerana menjadi ketua yang pada kami sangat sempurna. Terima kasih juga kepada Tikah kerana menjaga perbelanjaan Belalang Production. Buat Iqbal dan Pipah, terima kasih kerana menjadi pak cik dan mak cik "teksi" kami dalam menguruskan hal pengangkutan ketika menjalankan penggambaran di luar. Tidak lupa juga kepada Kimah kerana sentiasa sudi menjadi pakar rujuk kami dalam penyuntingan video dan terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain, Aten, Ainul, Suzi, Goliff dan Rina kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Gaduh-gaduh tu biasalah, bak kata Prof, kalau kumpulan tu tak ada gaduh-gaduh, kumpulan tu sebenarnya bermasalah. Hahaha..

Kursus ini pelik sikit, ada 2 jam waktu amali setiap minggu yang tak ada dalam jadual kuliah. Pada mulanya aku tak puas hati juga kenapa perlu ada 2 jam waktu amali di luar jadual kuliah. Hahaha.. Tetapi, berbalik kepada kata-kata Prof., aku perlu reda. Ya, aku reda. Nasib baik dapat seorang tutor yang sangat sempoi. Terima kasih kepada En. Akmal kerana menjadi tutor yang sangat berdedikasi dan sudi mengajar kami tentang multimedia. Selamat maju jaya dengan pengajian PHD En. Akmal. 

Sekian.







Thursday, December 12, 2019

BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN

Vlog pada kali ini adalah vlog makanan. Aku bekerjasama dengan Hafizul untuk menghasilkan vlog pada kali ini. Tempat yang kami pilih ialah Pasar Malam Serdang. Jom saksikan vlog kami.



                            https://www.youtube.com/watch?v=ObvSPxfEnps&feature=youtu.be


           

BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Perkara yang aku tak pernah terfikir pun sebelum ini adalah buat kalendar tahun 2020 sendiri. Tugasan ini sangat mencabar bagi aku, lebih-lebih lagi aku yang tidak mahir menggunakan adobe photoshop. Melalui tugasan inilah aku mula belajar tentang adobe photoshop. Pada mulanya memang sukar. Lama-kelamaan aku semakin mahir. Terima kasih kepada yang indvidu yang sudi mengajar aku iaitu En. Akmal, Aliff dan rakan-rakan sekalian. Aku memilih tema tempat-tempat menarik di Malaysia sebagai tema yang menghiasi latar belakang kalendarku pada setiap bulan. Maka dengan ini terhasillah kalendar 2020 buatanku sendiri.




Muka Hadapan Kalender 2020


Januari 2020


Februari 2020


Mac 2020


April 2020


Mei 2020


Jun 2020


Julai 2020


Ogos 2020


September 2020


Oktober 2020


November 2020


Disember 2020


Muka bangga dapat siapkan kalender

BBM3410Satu2019: VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER-SAYA TAHU)

Sebelum ini, Belalang telah menghasilkan video One Shot Three Layer dengan lagu Siti Bilang Cuti. Pada kali, kami ditugaskan untuk membuat video One Shot Three Layer dengan lagu Saya Tahu, ciptaan Prof Dr Normaliza sendiri. Namun, video pada kali ini perlu dibuat di dua lokasi berbeza. Belalang Production telah membuat rakaman video ini di Alamanda, Putrajaya. Untuk video ini, saya memegang watak ayah dan suami. Terima kasih diucapkan kepada adik Umairah kerana mmberi komitmen untuk menjayakan video ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Kedai Mr. DIY, Alamanda, Putrajaya kerana memberi keizinan kepada kami untuk membuat rakaman di situ. Saksikan kecomelan dan telatah adik Umairah dalam video di bawah ini. Selamat menonton.




BBM3410Satu2019: VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)

Tugasan pada kali ini adalah yang paling mencabar bagi kami. Kami ditugaskan untuk membuat video tragedi dan seram dalam satu video. Belalang Production telah membuat video tentang pemujaan hantu oleh seorang warden asrama. Saya memegang watak hantu ngesot. Cabaran yang saya hadapi ialah saya perlu di"make-up"kan supaya kelihatan seperti hantu. Selain itu, kami juga menghadapi cabaran di lokasi penggambaran. Lokasi penggambaran adalah cerah dan terang, jadi kami perlu menutup cahaya yang terang itu dengan papan dan langsir yang tebal. Walaupun ada beberapa babak yang telah diubah suai, kami tetap berpuas hati dengan hasil kerja kami. Mari saksikan video daripada Belalang Production.



BBM3410Satu2019: VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Ini adalah tugasan yang paling tiba-tiba. Setiap kumpulan perlu hasilkan enam iklan berdasarkan produk yang sama iaitu serbuk pencuci baju. Kami perlu selesaikan tugasan ini dalam masa 1 jam sahaja. Sangat tiba-tiba bukan? Aku ni dahlah tak berapa pandai melukis, tapi cuba jelah. Nah, inilah hasilnya. Saksikan iklan sabun kami ini.



Friday, December 6, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 12 (VLOG TEMUBUAL PENSYARAH)

Vlog kedua daripada Belalang Production ialah temubual dengan pensyarah dan pelajar tentang penggunaan multimedia dalam pembelajaran. Belalang Production telah menemu bual seorang pensyarah Jabatan Bahasa Melayu iaitu Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin. Manakala, pelajar yang kami temu bual ialah seorang pelajar Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) iaitu Saudara Ahmad Naim. Dalam tugasan ini, aku bertindak sebagai penemu bual kepada pelajar. Saksikan Vlog kami ini.  







BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12

Ini adalah tugasan terakhir di Instagram untuk kursus Multimedia dalam Bahasa. Tema yang diberikan ialah Swafoto bersama Prof. dan Emoji. Semasa nak ambil Swafoto dengan Prof, Prof dah nak keluar dari pejabat, selamat sempat kejar Prof. Tiga kali ambil swafoto sebab gambar tak jadi. Maaf Prof., gambar tak cantik. Kamera tak nak bagi kerjasama. Tetapi, selamat Prof komen, "love you too". Bagi tema emoji, aku dah tak tahu dah nak letak gambar apa. Akhirnya dengan bantu kawanku Hisyam, jadilah emojiku dengan tisu macam orang tengah sakit selesema tu. Asal boleh je.














BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 9

Pada minggu kesembilan, kami diminta untuk membuat satu hantaran di Facebook tentang kata hikmah sendiri beserta huraian. Selain itu, kami juga diminta untuk membuat satu hantaran di Facebook tentang ringkasan Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi seperti yang terkandung dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. 







BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 8

Minggu kelapan kami beralih ke Facebook pula. Kami ditugaskan untuk membuat tiga hantaran di Facebook. Hantaran pertama adalah tentang rutin yang biasa aku lakukan pada setiap hari. Hantaran kedua pula adalah hantaran 5 rangkap pantun sendiri dan perlu membuat komen 5 rangkap pantun rakan lain. Hantaran ketiga adalah ringkasan tentang strategi komunikasi yang terkandung dalam buku Kajian wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.










BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 7

Pada minggu ketujuh kelas amali, kami masih ditugaskan untuk membuat tweet bebenang di Twitter. Pada kali ini, kami diminta membuat tweet bebenang tentang kisah Cerita Sosial 5: Jiran yang terkandung dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. 
Selain itu, kami juga perlu membuat 5 tweet with comment di Twitter dan menyenaraikan 5 buah isu yang hangat di Twitter.











BBM3410Satu2019: Twitter Minggu 6

Pada minggu keenam kelas amali, kami ditugaskan untuk membuat satu hantaran bebenang di Twitter. Tajuk bebenang tersebut adalah bebas berdasarkan sebuah cerpen yang bertajuk Cerita Sosial 4: Hati yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Ini adalah kali pertama aku membuat tweet bebenang di Twitter. Jadi, ini adalah perkara baharu yang dapat aku pelajari. 









BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11

Prof Dr N telah memberi kami tugasan Instagram dengan tema IBU dan KEBERKATAN pada minggu kesebelas. Bagi tema Ibu, Prof meminta kami menulis satu dialog antara kami dengan ibu masing-masing. Jadinya, aku pun menulis satu dialog antara aku dan emak. Manakala, untuk tema Keberkatan pula, akutelah meletakkan gambar emak dan abahku  kerana bagiku merekalah punca keberkatan hidup saya selama ini. 













BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10


Tugasan Instagram untuk minggu kesepuluh bertemakan KELEGAAN dan KEGEMBIRAAN. Bagi tema Kelegaan, aku telah memilih gambar ketikaku mengabadikan kenangan di Latar Iskandar. Gambar ini sangat tenang bagiku kerana berlatarbelakangkan keindahan alam iaitu air terjun. Manakala, bagi tema kegembiraan pula, aku memilih gambar ketikaku menyertai Pasukan Sorak Rasmi Team Malaysia di Sukan Sea 2017. Aku sangat gembira pada ketika itu.