Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Semester 7 ini sangat terasa aura kesibukan sebagai seorang pelajar. Lebih-lebih lagi apabila wajib mengambil Kursus Multimedia dalam Bahasa. Setiap minggu ada sahaja tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala aku terfikir, kenapalah kursus ini diletakkan di semester akhir dalam skema pengajian. Letaklah awal-awal sikit dalam semester 3 ke 4 ke. Hahaha.. Stres mak!! 

REDA, REDA, REDA... 14 minggu hadam kalimat ini. Betullah apa yang Prof. Dr. Normaliza beritahu pada minggu pertama dulu, apabila kita reda, kita dapat laksanakan sesuatu perkara itu dengan baik. Kursus ini banyak tugasan luar perlu dibuat berbanding tutorial di dalam bilik kuliah. Kadang-kadang adalah juga termengumpat Prof. tanpa sengaja bila sangat tertekan. Maaf Prof. kalau ada batuk-batuk tu, sayalah puncanya. Tetapi, kursus ini sebenarnya sangat seronok dan santai. Setiap minggu kena buat penggambaran di luar bilik kuliah. Masa inilah nak acah-acah jadi model atau artis beraksi di hadapan lensa kamera. Kebanyakan tugasan penggambaran ini adalah tugasan berkumpulan. Produksi kumpulan aku ialah Belalang Production. Tugasan ini perlulah dibentang di dalam bilik kuliah. Tetapi ada syaratnya, kalau ahli kumpulan datang lambat atau tidak hadir, melepaslah peluang dapat bentang di dalam bilik kuliah. Prof. sangat menekankan aspek ketetapan masa. 

Belalang Production terdiri daripada 11 orang ahli yang diketuai oleh Qiu. Qiu sangat bertanggungjawab menjadi ketua kami. Dia sangat mengambil berat tentang kami. Dia tidaklah "gila kuasa", dia akan meminta persetujuan semua ahli apabila membuat keputusan. Terima Kasih Qiu kerana menjadi ketua yang pada kami sangat sempurna. Terima kasih juga kepada Tikah kerana menjaga perbelanjaan Belalang Production. Buat Iqbal dan Pipah, terima kasih kerana menjadi pak cik dan mak cik "teksi" kami dalam menguruskan hal pengangkutan ketika menjalankan penggambaran di luar. Tidak lupa juga kepada Kimah kerana sentiasa sudi menjadi pakar rujuk kami dalam penyuntingan video dan terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain, Aten, Ainul, Suzi, Goliff dan Rina kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Gaduh-gaduh tu biasalah, bak kata Prof, kalau kumpulan tu tak ada gaduh-gaduh, kumpulan tu sebenarnya bermasalah. Hahaha..

Kursus ini pelik sikit, ada 2 jam waktu amali setiap minggu yang tak ada dalam jadual kuliah. Pada mulanya aku tak puas hati juga kenapa perlu ada 2 jam waktu amali di luar jadual kuliah. Hahaha.. Tetapi, berbalik kepada kata-kata Prof., aku perlu reda. Ya, aku reda. Nasib baik dapat seorang tutor yang sangat sempoi. Terima kasih kepada En. Akmal kerana menjadi tutor yang sangat berdedikasi dan sudi mengajar kami tentang multimedia. Selamat maju jaya dengan pengajian PHD En. Akmal. 

Sekian.







No comments:

Post a Comment