Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), terdapat
10 cara menulis blog dengan baik. Etika yang pertama ialah membuat tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Apabila sesebuah artikel
menggunakan tajuk yang nenarik, ia dapat membantu menarik minat pembaca yang
untuk membaca blog tersebut. Gunakanlah ayat yang menarik pada tajuk mengikut
kesesuaian tahap pembaca. Sebagai contoh, sekiranya artikel tersebut berkaitan
aktiviti remaja, gunakanlah tajuk dan ayat yang sesuai dengan mereka. Tajuk merupakan
elemen pertama yang dilihat oleh pembaca.
Kedua, penceritaan menarik yang dapat menarik hati pembaca. Teknik penceritaan mestilah menarik minat pembaca. Penulis perlu menerapkan elemen-elemen yang mampu menarik minat pembaca pada setiap tahap golongan pembaca. Selain itu, penulis haruslah bijak memilih cerita mengikut trend semasa. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Blog ialah sebuah bentuk penulisan yang tidak formal, jadi blog haruslah tidak kaku gaya penulisannya. Justeru, penulis harus memasukkan elemen humor dan jenaka dalam blog.
Keempat, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Walau pun blog bersifat tidak formal, namun, fakta yang dinyatakan perlulah benar dan sahih. Penulis dilarang mereka-reka cerita atau menokok tambah sesuatu perkara. Penulis perlu menyatakan hujah yang berkesan untuk penghuraian. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini. Bagi menampakkan hujah kita berkesan, penulis boleh mengaitkan penulisan dengan berita terkini kerana berita terkini lebih segar dan dekat dengan diri pembaca. Oleh itu, pembaca disarankan melihat kejadian yang berlaku kini terlebih dahulu sebelum membuat penulisan blog.
Keenam, penulis disarankan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Penulisan blog bersifat santai, maka ayat dan perkataan yang digunakan perlulah ringkas. Sekiranya penulis menggunakan perkataan dan struktur ayat yang panjang-panjang, hal ini dikhuatiri akan mendatangkan bosan kepada pembaca. Hal ini demikian kerana, pembaca berkunjung ke blog untuk mengetahui fakta sahaja. Ketujuh, blog mestilah dapat dibaca dan difahami. Apa gunanya jika kita penulis blog tapi tidak difahami oleh pembaca. Oleh itu, penulis perlulah meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Hal ini bagi mengelakkan salah faham antara penulis dan pembaca. Selain itu, penulis juga perlu mempunyai kefahaman sebelum penulis sesuatu artikel.
Kelapan, penulis dapat berkomunikasi dengan pembaca. Hal ini demikian kerana, blog merupakan satu bentuk komunikasi. Oleh itu, penulis perlu jelas dengan penulisan mereka. Sekiranya pembaca tertarik dengan penulisan blog tersebut, mereka merespon seperti menanyakan soalan. Maka, tercetuslah komunikasi antara penulis dan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Penulisan blog yang baik perlulah meyelitkan nilai moral dalam penulisan. Nilai moral ini dapat membantu membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika. Nilai moral ini juga merupakan satu bentuk pengajaran. Nilai estetika pula ialah keindahan dalam penulisan seperti penggunaan bahasa yang indah tanpa kata-kata kesat. Akhir sekali, berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis mestilah berilmu untuk membuat penulisan pendidikan. Hal ini bagi mengelakkan pemesongan fakta. Justeru, penulis perlu menambah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.
Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:
Post a Comment