Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum, saya sekeluarga menetap di Batu Pahat, Johor. Kampung emak saya di Kampung Parit Besar, Batu Pahat, Johor. Kampung abah saya pula di Lenggong, Perak. Ahli keluarga saya ada 9 orang. Saya ada 2 orang abang, seorang kakak dan tiga orang adik. Abah saya seorang pesara tentera. Emak saya juga seorang bekas tentera. Sebenarnya, sebelum kami menetap di Johor, kami menetap di Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur kerana abah dan emakku berkhidmat sebagai tentera di sana. Selepas abahku bersara dan emakku berhenti berkhidmat, kami mengambil keputusan untuk menetap di Batu Pahat, Johor.

    Kakakku telah berkahwin dengan seorang anggota polis. Mereka telah dikurniakan dua orang anak yang comel-comel. Anak buahku bernama Nayli dan Nayli. Nayla berumur empat tahun manakala Nayli berumur dua tahun. Mereka sekeluarga menetap di Muar. Kakakku berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Muar, manakala abang iparku berkhidmat di Balai Polis Bakri.

    Abangku tinggal di Johor Bahru. Dia bekerja di sebuah syarikat kerajaan negeri iaitu JBIOTECH. Dia merupakan pelajar lepasan Universiti Kuala Lumpur. Saya juga ada 3 orang adik. Seorang adikku sedang nenuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Seorang lagi di Kolej Komuniti, manakala adik bongsuku masih di sekolah menengah.

    Walaupun kami berjauhan antara satu sama lain, kami pasti akan berkumpul bersama-sama terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha. Saya sayang keluarga saya.

Sekian cerita tentang keluargaku.





No comments:

Post a Comment