Pada minggu ke 6, Prof Dr Normaliza, pensyarah Multimedia dalam Bahasa telah memberi kami dua tugasan. Tugasan yang pertama ialah menghasilkan gambar potret untuk setiap ahli kumpulan, manakala tugasan yang kedua ialah melakonkan situasi berdasarkan simpulan bahasa. Belalang Production telah membuat penggambaran di Taman Saujana Hijau, Putrajaya, IKEA Cheras dan Fakulti Bahasa moden & Komunikasi UPM. Tugasan ini sangat mencabar, ia memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi setiap ahli kumpulan. Bagaimana pun, tugasan ini dapat memberikan pengalaman dan mengajar kami kepada dunia fotografi.
Saturday, October 19, 2019
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Menurut Normaliza
Abd Rahim, 2014, blog ialah satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi
dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010). Blog dapat
meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membnangunkan komuniti
melalui penulisan tidak formal. Pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam
pembelajaran bahasa. Hal ini demikian kerana pelajar berpeluang belajar satu
persatu istilah dari segi idea, tatabahasa, dan struktur ayat, pembendaharaan
kata dan cara susunan ayat mereka.
Terdapat berbezaan bahasa antara perempuan dan lelaki menurut Zaini Amir et. Al. (2012). Beliau melakukan kajian terhadap perbezaan bahasa yang digunakan remaja lelaki dan remaja perempuan. Selain itu, Wang & Woo berpendapat, blog dapat membantu pelajar merasa cara penulisan mereka bertambah baik. Blog juga menjalankan interaksi antara pelajar bersama dengan tenaga pelajar bagi menyelesaikan tugasan.
Nadzrah Abu Bakar et. al. (2010) mentakrifkan bahawa menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang, kajian ini menggariskan ciri-ciri blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tambahan pula, blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilisasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan keemungkinan dan memahami sesuatu perkara lebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. Perkara ini telah dinyatakan oleh McLeod (2001).
. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Etika yang pertama ialah membuat tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, penceritaan menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini.
Selain
itu, penulis disarankan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh,
blog mestilah dapat dibaca dan difahami. Kelapan, penulis dapat
berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika
dalam penulisan. Penulisan blog yang baik perlulah meyelitkan nilai moral dalam
penulisan. Nilai moral ini dapat membantu membentuk masyarakat yang bermoral
dan beretika. Nilai moral ini juga merupakan satu bentuk pengajaran. Akhir
sekali, berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis mestilah berilmu untuk
membuat penulisan pendidikan. Hal ini bagi mengelakkan pemesongan fakta. Justeru,
penulis perlu menambah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.
Kesimpulannya, blog membantu pelajar mempelajari bahasa. Selain itu, blog dapat meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.
Terdapat berbezaan bahasa antara perempuan dan lelaki menurut Zaini Amir et. Al. (2012). Beliau melakukan kajian terhadap perbezaan bahasa yang digunakan remaja lelaki dan remaja perempuan. Selain itu, Wang & Woo berpendapat, blog dapat membantu pelajar merasa cara penulisan mereka bertambah baik. Blog juga menjalankan interaksi antara pelajar bersama dengan tenaga pelajar bagi menyelesaikan tugasan.
Nadzrah Abu Bakar et. al. (2010) mentakrifkan bahawa menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang, kajian ini menggariskan ciri-ciri blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tambahan pula, blog membantu pelajar atau individual menerokai dan mengasimilisasikan idea, mencipta pautan di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan keemungkinan dan memahami sesuatu perkara lebih dahulu sebelum menjelaskannya kepada orang lain. Perkara ini telah dinyatakan oleh McLeod (2001).
. Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), terdapat 10 cara menulis blog dengan baik. Etika yang pertama ialah membuat tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, penceritaan menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, penulis perlu memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini.
Kesimpulannya, blog membantu pelajar mempelajari bahasa. Selain itu, blog dapat meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Bird Eye View (Belalang Production)
Pandangan ke bawah dari tingkat empat sebuah Pusat Membeli-belah di Putrajaya. Kelihatan manusia sedang sibuk menjalankan urusan jual beli. Dapat dilihat pada waktu ini suasana agak lengang berbanding kebiasaan.
Pandangan dari tingkat lima Kolej Dua Belas, UPM. Motosikal tersusun dengan rapi. Cuaca pun sangat baik. Turun naik tangga kolej sampai tingkat lima hari-hari tapi saya tak kurus juga.
Kecil sungguh manusia dalam gambar di atas macam semut. Begitulah pemandangan dari Menara Tinjau, Taman Wetland, Putrajaya. Tinggi sungguh menara tinjau ini. Sebenarnya kami dilarang naik ke atas menara tinjau ini kerana sedang dalam penyelenggaraan. Tetapi demi multimedia kami nekad juga.
BBM3410Satu2019: Over the Shoulder (Belalang Production)
Seorang gadis sedang memperhatikan dua orang rakannya menunjukkan simbol sayang kepadanya. Gadis tersebut mungkin terharu atau mungkin juga dalam fikiran gadis tersebut, "dah kenapa budak dua orang ni".
Telatah dua orang gadis berjaya menarik perhatian seorang rakannya. Aksi sponton itu berjaya dirakam oleh lensa kamera. Agaknya apalah yang mereka berbualkan itu ya. Macam menarik sahaja perbualan mereka itu.
"Mereka buat apa di situ ramai-ramai, kenapa tak ajak aku", kata seorang gadis di dalam hati. Tetapi sebenarnya rakan-rakannya sedang menunggu dia yang tidak muncul-muncul dari tadi. Rakan-rakannya juga mempamerkan riak wajah yang bengang kepada gadis tersebut.
BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)
Kecewa
Pabila kita berasa kecewa, hati dan jiwa kita akan rasa sakit dan pedih. Raut wajah kita yang kecewa pasti akan kelihatan seperti gambar di atas. Kenapa ada orang yang tegar membuat kau kecewa wahai jejaka. Tidak kasihankah mereka dengan kau, atau memang kau wajar dikecewakan. Apa salah kau?
Marah
Kenapa marah sangat sangat abang ini? Siapa yang buat dia marah? Raut wajahnya jelas memperlihatkan dia sedang marahkan sesuatu. Orang yang sedang marah ini sangat bahaya. Diharapkan abang dapat bertenang dan jangan ikutkan perasaan itu okey.
Sedih
Sedih sungguh gadis ini. Tidak pasti apa yang membuatkan dia sedih. Mungkin merindukan keluarganya di Kampung. Air mata yang mengalir jelas menunjukkan dia sedang bersedih. Riak wajahnya juga kusam dan tidak ceria. Berdampinglah dengan orang yang boleh membuat anda gembira. Jangan sedih-sedih tau akak.
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Belalang Production)
3 manusia
Sifat malu itu pasti ada dalam diri seseorang. Namun, setebal mana sifat malu itulah yang membezakan kita. Ada kalanya sifat malu itu juga merupakan kunci kepada maruah seseorang. Akan tetapi elakkanlah sifat malu itu menjadikan anda seorang yang 'introvert' dan hilang keyakinan diri.
Dua orang gadis sedang bersahaja dan bersantai di sebuah Taman Rekreasi. Tidak dapat dipastikan apakah hubungan mereka. Sama ada mereka ini rakan, keluarga atau pun saudara-mara. Mereka kelihatan bersahaja sekali. Hubungan mereka juga kelihatan sangat akrab. Buat dua orang gadis ini, saya doakan hubungan kalian kekal sampai bila-bila.
Siapakah jejaka di dalam gambar ini? Kelihatan dia sungguh kacak dan segak. Wajahnya ada iras-iras orang Borneo. Ya benar, dia ini rakan saya, Golif namanya. Dia berasal dari Pitas, Sabah. Tetapi kenapa dia bergambar di tengah-tengah jalan. Mungkin dia nakkan sesuatu kelainan. Lihat sahajalah latar belakang gambar tersebut. Sungguh cantik dan sinematik sekali.
3 pemandangan dan manusia
Sekiranya kita berjauhan dengan keluarga, rakan-rakanlah yang akan ada bersama kita. Peliharalah hubungan yang baik bersama rakan kita. Mereka akan menolong kita sekiranya kita menghadapi kesulitan. Janganlah kita salah memilih rakan. Pilihlah rakan yang membawa kita ke arah kebaikan. Berkawan biar ramai, musuh jangan dicari.
Setelah berjogging sepanjang dua kilometer. Seorang gadis kelihatan berehat di tepi sambil melepaskan lelah. Senyuman masih terukir di wajahnya biar pun dalam kepenatan. Mungkin dia ada misi untuk menurunkan berat badan. Semoga gadis ini berjaya dengan misinya. Saya sokong awak dari belakang!
Tidak pasti apakah masalah gadis ini. Tiba-tiba sahaja dia menoleh belakang ke arah saya. Bukan itu sahaja, dia juga mengukir senyuman kepada saya. Penat saya memikirkan apa sebenarnya yang dia mahukan. Ingin bertanya langsung kepada, tetapi saya pula segan mahu bertanya. Wahai gadis, luahkanlah isi hatimu, janganlah buat saya pening kepala memikirkannya.
BBM3410Satu2019: Long Shot (Belalang Production)
3 pemandangan dan manusia
Kelihatan seorang gadis sedang menuju ke sebuah bukit. Tidak pasti apakah tujuannya gadis tersebut. Yang pasti kita dapat melihat sesuatu yang indah daripada gambar ini. Jika kita melihat gambar di atas, kita akan sedar betapa kecilnya kita jika dibandingkan dengan alam semula jadi yang terbentang luas.
Tun Dr Mahathir pencetus idea, maka terhasillah sebuah pusat pentadbiran negara yang serba moden ini. Putrajaya menjadi saksi seorang lelaki yang kagum dengan pusat pentadbiran ini seperti gambar di atas. Reka bentuk dan landskap di Putrajaya sangat tersusun dan rapi sekali. Trafik di Putrajaya juga tidak terlalu padat dibandingkan dengan bandar yang lain. Lihatlah tidak banyak pun kenderaan yang lalu lalang di sini.
Diam dan terpaku. Begitulah yang dapat digambarkan tentang gadis dalam foto di atas. Gadis tersebut seperti sedang menantikan sesuatu tetapi tidak pasti apakah yang dinantikannya, mungkin sahaja dia sedang menantikan kehadiran keluarga atau rakannya. Tidak kisahlah apa yang dinantikannya, yang pasti gambar ini sangat cantik.
3 pemandangan
Suasana yang tenang dan cerah di Putrajaya. Kelihatan Bangunan Perdana Putra iaitu Pejabat Perdana Menteri tersegam indah di hujung gambar. Putrajaya juga dikelilingi oleh bangunan-bangunan kementerian yang lain. Pada hari tersebut merupakan hari ahad, maka trafik di Putrajaya akan sedikit lengang kerana penjawat awam tidak berkerja pada hari tersebut.
Pembangunan memang tidak dapat dielakkan. Namun, kita perlu sedar alam semula jadi ini juga penting untuk kita bersama. Justeru, rancanglah pembangunan yang mapan dengan tidak memusnahkan keseluruhan hidupan semula jadi. Sayangilah hutan kita.
Langit dan bumi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Pentingnya kita memelihara kehidupan alam semula jadi agar bekalan oksigen yang segar tidak terjejas. Janganlah kita membinasakan alam semula supaya ekosistem bumi sentiasa dipelihara. Taman Saujana Hijau merupakan sebuah taman yang diwujudkan suapaya orang ramai sedar akan peri pentingnya hidupan hijau.
BBM3410Satu2019: Close-up (Belalang Production)
3 manusia
Riak wajah di atas menunjukkan si pemilik wajah seperti mahu menyampaikan hasrat yang terpendam di dalam hatinya. Tapi, apakan daya tiada siapa yang peduli akannya. Dia cuba menonjolkan riak wajah yang menggoda. Namun, dia tetap tidak dipedulikan oleh sesiapa pun. Apalah nasib kau wahai empunya wajah.
Senyuman yang menawan dapat menyejukkan hati sesiapa pun yang melihatnya. Buat apa mahu bersedihan kalau kita boleh bersenyum-senyuman. Senyuman itu indah bukan? Ia satu anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya. Maka, murahkan senyuman kerana ia akan membuat orang senang dan selesa dengan anda.
Kadangkala kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Maka, kita pun akan bersikap sinis terhadap perkara tersebut. Riak wajah yang sinis daripada seseorang itu menunjukkan dia tidak suka dan senang dengan perkara tersebut. Oleh itu, sekiranya orang menunjukkan riak wajah yang sinis terhadap kita, sebaiknya kita bermuhasabah diri dan cuba membaiki diri kita.
3 bukan manusia
Cantiknya bunga ini kan?. Tapi, cantik lagi yang membaca blog saya ini. Tumbuhan di Taman Saujana Hijau ini hidup dan tumbuh dengan lebat dan subur sekali. Keindahan flora dapat dirakamkan oleh lensa kamera seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Kepelbagaiaan jenis flora membuktikan negara kita yang beriklim katulistiwa sangat sesuai menjadi habitat kepelbagaian flora.
Gelang menjadi satu aksesori perhiasan sejak dahulu lagi. Pemakaian gelang dapat menyerlahkan keanggunan para wanita. Gelang kadangkala menjadi aksesori wajib bagi sesetengah wanita. Terdapat beberapa jenis gelang yang ada di pasaran. Pemilihan jenis gelang ini bergantung kepada keselesaan wanita tersebut. Ada wanita yang memilih gelang yang diperbuat dari kayu seperti gambar di atas.
Hidangan yang lazat sudah tentu menjadi pilihan orang ramai. Siapa yang nak makan makanan yang tidak sedapkan? Namun, kita juga harus mengambil kira khasiat dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan tersebut. Bahan-bahan seperti pengawet, kimia dan sebagainya akan menjejaskan kesihatan dalaman kita. Oleh itu, pilihlah makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)